Tentang
Kisah di sebalik SusurGalur
Nama saya Azlan. SusurGalur lahir daripada perjalanan saya sendiri.
Lebih 20 tahun saya mencari susur galur keluarga sendiri. Ia bukan kerja mudah. Saya bawa laptop ke mana-mana: ke rumah saudara, ke kampung, ke majlis. Kadang-kadang laptop tiada, jadi saya catat di mana sahaja yang boleh — kertas, belakang resit, telefon. Maklumat datang sedikit demi sedikit daripada mulut orang tua, dan saya takut ia hilang sebelum sempat saya simpan.
Penat jerih mencari akar itu mengajar saya satu perkara: nama, pertalian, dan cerita orang tua kita terlalu berharga untuk dibiarkan berkecai. Saya faham sendiri betapa susahnya orang tua dahulu menjaga dan mengingati keturunan, tanpa alat dan tanpa tempat simpan yang selamat.
SusurGalur saya bina daripada pengalaman itu. Supaya apa yang saya lalui selama 20 tahun, anda boleh lakukan dengan lebih mudah: di telefon, di mana sahaja, bila-bila ilham datang. Supaya maklumat keluarga tersimpan kemas, selamat, dan kekal sebagai data yang bermakna, bukan catatan yang hilang.
Hajat saya mudah. Saya ingin membantu seberapa ramai orang yang mempunyai keinginan untuk menyambung semula silaturahim, dan menjadi orang yang dipercayai orang tua untuk meneruskan legasi keluarga. Kalau anda orang itu dalam keluarga anda, SusurGalur dibina untuk anda.
Azlan, pengasas SusurGalur
Dikemas kini: 23 Jun 2026
Rahmat yang kita warisi
Bagi saya, faraid dan panggilan saudara ialah antara rahmat yang Allah turunkan ke atas umat Islam.
Panggilan dan pangkat saudara mengajar anak-anak sejak kecil untuk menghormati orang tua. Dan panggilan manja untuk si kecil menambahkan kasih sayang dalam keluarga — sekeras mana pun hati seorang anak, bila dipanggil dengan nama manjanya, dia akan datang memeluk dan mencium.
Menghubungkan tali kekeluargaan ini sendiri adalah tuntutan agama:
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Islam agama yang memandang ke hadapan. Suatu hari nanti, setiap manusia akan kembali bertemu Penciptanya. Faraid memberi ketenangan kepada yang akan menghadap Tuhannya — bahawa penat jerih harta yang dikumpulkan akan dibahagikan dengan adil, menurut hukum yang telah Allah tetapkan. Tidak perlu risau, tidak perlu sedih, tidak perlu menyesal; semuanya telah ditentukan.
Kerana sesungguhnya, setiap apa yang menimpa seorang mukmin, semuanya baik baginya:
عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
In English.My name is Azlan. I spent more than 20 years tracing my own family’s lineage, carrying a laptop everywhere, and when I had none, scribbling names on whatever I could find before they were lost. SusurGalur is built from that struggle, so you can do in minutes what took me years: capture your family’s names, ties and stories safely, from your phone, wherever you are. I built it to help anyone who wants to restore silaturahim (family bonds) and become the person their elders trust to carry the legacy forward.